S02E01 - Industri Kreatif, Gastronomi & Maghribi
M4A•Episod hem
Manage episode 312009286 series 3213294
Innehåll tillhandahållet av Silang Kata Podcast. Allt poddinnehåll inklusive avsnitt, grafik och podcastbeskrivningar laddas upp och tillhandahålls direkt av Silang Kata Podcast eller deras podcastplattformspartner. Om du tror att någon använder ditt upphovsrättsskyddade verk utan din tillåtelse kan du följa processen som beskrivs här https://sv.player.fm/legal.
Dalam pembuka tirai musim kedua ini, kami menjemput dua orang sahabat kami yang pernah bertugas di Perbadanan Kota Buku iaitu Aliff Basri dan juga Alia Wanda Nazri yang kini sedang berada di Marrakesh, Maghribi. Antara yang dibincangkan adalah perubahan yang harus dilaksanakan oleh industri kreatif dalam mendepani kesan global wabak COVID19, juga bagaimana cross-medium atau silang bidang harus digiatkan di antara semua bidang kreatif. Pastinya, kami tidak melepaskan peluang untuk bertanya kepada Alia tentang pengalamannya sebagai seorang anak muda yang membuka perniagaan gastronomi pelancongan di Marrakesh, Maghribi. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel silangkatapodcast@gmail.com atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin Tetamu: Aliff Basri & Alia Wanda Nazri PENGHARGAAN Muzik Tema dilesenkan secara eksklusif oleh penciptanya Shamsul Cairel Abdul Karim (Funkybridgade Mediaworks Sdn Bhd). Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
…
continue reading
20 episoder